KOMSAS ANT. HARGA REMAJA


HARGA REMAJA

Berapakah sebenarnya harga remaja
yang bersih
dari gelodak kecewa
bagai kehijauan daun
bagai kesegaran pohon
di pinggir perjalanan ini?

Dengan apakah akan kaupenuhi
piala remajamu
adakah cuka kesangsian
dari cinta maruah
atau madu ajaran
dari ilmu susah

Remaja amat mahal
sesungguhnya
tiada terbeli oleh perjanjian
harga remaja adalah pendirian
keberanian dan ilmu

Penuhilah remajamu
dengan ketentuan tuju

Rahman Shaari
(Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)





SAJAK HARGA REMAJA

Maksud

Rangkap Satu
Pertanyaan tentang harga remaja yang tidak mengalami kekecewaan.

Rangkap 2
Pertanyaan tentang kewajaran remaja menerima kesusahan, iaitu sama ada disebabkan perasan cinta yang belum masanya atau ilmu yang ditimba selama ini.

Rangkap 3
Remaja amat berharga dan tidak dapat dibandingkan dengan perjanjian dalam percintaan yang belum masanya. Remaja yang baik ialah remaja yang berani dan memiliki ilmu.

Rangkap4
Remaja hendaklah mengetahui arah tuju kehidupannya.

Tema
Ketinggian nilai remaja yang berilmu

Persoalan
(a) Kekecewaan golongan remaja.
(b) Percintaan remaja semasa usia muda
(c) Berani menempuh pelbagai cabaran dan mencuba sesuatu yang baru.
(d) Keyakinan diri dalam melakukuan sesuatu tindakan dan teguh pendirian demi melangkah arah tuju yang diingini.
(e) Menimba ilmu tanpa had sebagai bekalan masa depan yang cemerlang.


Bentuk dan Ciri-Ciri sajak
(a) Terdiri daripada empat rangkap
(b) Bilangan barisnya tidak sama; rangkap pertama (enam baris) , rangkap kedua (enam baris), rangkap ketiga (enam baris), rangkap keempat (dua baris).
(c) Rima akhirnya bebas/tidak sama; abacad,abcdce,aa


Gaya Bahasa
(a) Simile Contoh
Bagai kehujiaun daun
Bagai kesegaran pohon
(b) Metafora . Conth cuka kesangsian, madu ajaran
(c) Asonansi. (pengulangan vocal e- Berapakah sebenarnya harga remaja)
(d) Aliterasi. (pengulangan konsonan t- dengan ketentuan tuju)



Nada
Sajak ini bernada didaktik

Nilai
(a) Rajin
(b) Berani
(c) Gigih berusaha
(d) Bijaksana
(e) Bercita-cita tinggi

Pengajaran
(a) Remaja hendaklah menjaga diri agar tidak mengalami kekecewaan.
(b) Elakkan bercinta sewaktu remaja kerana tidak membawa faedah.
(c) Remaja hendaklah menjadi golongan yang mencitai ilmu.
(d) Remaja perlu bersikap berani kerana benar.



LATIHAN SAJAK HARGA REMAJA
1.       Tulis rangkap sajak di bawah ini  berdasarkan maksud yang diberikan.
Maksud
Rangkap
Penulis mempersoalkan harga sebenar seorang remaja yang tidak melakukan sebarang kelakuan yang negatif dalam hidupnya.


Penulis turut mengemukakan persoalan kepada remaja dalam menentukan kehidupan mereka, iaitu sama ada terlibat dalam percintaan atau terpengaruh oleh  budaya yang negatif.


Alam remaja amat tinggi nilainya. Maruah seseorang remaja terletak kepada ketegasan pendiriannya, sikap yang berani, dan ilmu pengetahuan yang dimiliki.


Remaja haruslah mengisi masanya dengan perkara-perkara yang telah ditetapkannya dalam mencapai matlamat hidupnya.




2.       Temanya ini ialah ____________________________________________________________

______________________________________________________________________________.





3.       Nyatakan persoalan yang terdapat dalam sajak di atas.

PERSOALAN













4.Lengkapkan peta minda berikut tentang bentuk dan ciri-ciri sajak tersebut.









































5.Nyatakan nilai yang terdapat dalam sajak di atas.















6.       Berikan contoh unsur gaya bahasa yang terdapat dalam sajak di atas.

Bil
Jenis gaya bahasa
Maksud
Contoh

1

Diksi
Pemilihan dan penyusunan kata-kata oleh pengarang.










2.

Ayat

Cara pengarang membina dan menyusun ayat dalam karya seperti ayat pendek, ayat panjang, ayat songsang dan sebagainya.








Ayat pendek:



Ayat panjang:




3
Personifikasi / Unsur perorangan




Tindakan pengarang memberikan sifat manusia, sama ada dari segi perasaan, perwatakan atau tindak tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea atau hal-hal yang lebih abstrak.



4
Simile
Perbandingan yang setara dengan menggunakan kata-kata seperti umpama, bak, bagai ibarat, laksana, seperti, macam dan sebagainya.


5
Metafora
1.gandingan benda konkrit dengan benda abstrak untuk menyatakan sesuatu yang abstrak.
2.Perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan kata-kata umpama, bak, bagai ibarat, laksana, seperti, macam dan sebagainya.





6

Hiperbola

Sejenis bahasa kiasan yang digunakan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud yang sebenarnya.




7

Sinkof

Singkatan kata




8
Perlambangan
Kata-kata lain daripada maksud sebenar.







9
Inversi
Ayat songsang iaitu mendepankan predikat, sama asa keseluruhan predikat atau sebahagian predikat.



10
Repitasi
Pengulangan kata dalam baris yang sama.






11
Anafora
Pengulangan kata pada awal baris secara berurutan.





12
Epifora
Pengulangan kata pada akhir baris






13
Asonansi
Pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris sajak.






14
Aliterasi
Pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris-baris sajak




1.       Tuliskan pengajaran yang terdapat dalam sajak  di atas.










a.        

b.       


c.        

d.